BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

ALAMAT TABIKA

TABIKA KEMAS SUNGAI TIRAM,
11900 Bayan Lepas Pulau Pinang.
Tel : 04-6457552 / Fax 04-6439021

tbk.sgtiram@gmail.com
http://tbk-sgtiram.blogspot.com

Thursday, July 9, 2009

PEMAKANAN ANAK-ANAK


Ibu atau penjaga harus menyelia anak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada anak anda untuk makan.
Di antaranya ialah:
Duduk dengan anak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa anak menikmati hidangan.




Berikan masa kepada anak anda menikmati hidangan mereka, jangan terburu -buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan.

Beri pujian kepada anak anda kerana makan dengan baik..

Berikan anak anda makanan dalam bekas berasingan agar dia mendapat jumlah makanan secukupnya.

Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan yang secukupnya diperolehi oleh anak anda

Jika anak anda memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan kegemarannya.

Berikan makanan sebaik sahaja anak anda berasa lapar. Jika anak anda menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera anak anda hilang

Jangan beri anak anda makan jika dia mengantuk

Jangan memaksa anak anda untuk makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan seharusnya tenang dan menggembirakan.

Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa anak anda menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.

Bermaian permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi selera anak untuk makan (menyanyi dan bermain)

Gunakan kreativiti anda dalam menghidangkan makanan kepada anak anda. Ia penting dalam membantu merangsang selera anak anda.

Sekali sekala bawalah anak anda makan diluar.Contoh :- di taman permainan atau di pantai.

Galakkan anak anda mengambil snek yang berkhasiat. Contoh: susu, buah dan sandwich

Elakkan daripada memberi snek terlau dekat dengan waktu makan utamanya.

LAMAN PILIHAN